Selamat datang ke laman rasmi Kem Bumi Jati.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua,

Kem Bumi Jati (KBJ) merupakan satu tempat latihan yang dikelilingi oleh kehijauan flora dan fauna yang pastinya membuatkan peserta teruja dengan keindahan semulajadinya. Inilah satu destinasi pilihan anda yang menjanjikan satu kepuasan maksimum. Kem Bumi Jati dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk rekreasi, aktiviti "team building" dan aktiviti "outdoor" terutama bagi program bagi kumpulan besar seperti kakitangan kerajaan, badan-badan korporat, pelajar-pelajar IPT dan keluarga.

Pada awal penubuhan Kem Bumi Jati ini adalah untuk membantu kehendak negara bagi melahirkan seberapa ramai yang mungkin masyarakat yang kuat dari segi rohani, jasmani dan emosi dalam mencapai Wawasan 2020. Pembangunan modal insan haruslah diseimbangkan dengan perkembangan dan pembangunan sesebuah Negara.